بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
اللهم صل على محمد وآل محمد
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه


Pernah tak kita rasa lemah, malas dalam beramal. And tiba-tiba when reach satu point, kita tiba-tiba rasa kuat & nak bangkit perbaiki keadaan diri kita balik?

Bila terfikir balik, dalam perjalanan hidup ini mulut kita kadang-kadang seolah-olah tergerak sendiri nak mendoakan orang lain especially kawan-kawan baik/yang soleh/ikhwah kan?

Adakah mungkin asbab kekuatan kita bangkit & mampu istiqomah ini juga adalah datang dari doa-doa ikhwah yang lain?

Sebab itu, rasanya malu sangat kalau tak 'appreciate' anugerah tarbiah ini, rasa malu sangat kalau tak 'appreciate' kawan-kawan soleh ini.

Sebab kehadiran mereka mungkin 'tidak diundang' oleh kita dalam hidup kita. Tapi asbab kehadiran mereka inilah yang menjadi kekuatan untuk kita terus istiqomah dalam menuju rahmat & keampunan Allah SWT.

Akhirnya, hanya satu perkataan sahaja yang mampu kita ucapkan bila kita mampu terus 'kuat' disamping zaman yang penuh fitnah ini, iaitu 'bersyukur'. Bersyukurlah dengan kehadiran mereka-mereka ini. Hargailah mereka. Doakanlah juga mereka dalam doa-doa kita sebagai tanda kita benar-benar bersyukur kepadaNya yang mengaturkan pertemuan yang indah ini.

Dan jika kita masih tiada orang-orang seperti ini dalam hidup kita, carilah mereka. Dampingilah mereka. Hargailah mereka. Bersyukurlah. Sebab 'hidden blessing' ini tidak semua orang dapat. :')

اللهم صل على محمد وآل محمد
(Allahumma salli 'ala Muhammad wa ali Muhammad)
سُبْحَانَ اللّهِ وَ بِحَمْدِهِ ، سُبْحَانَ اللّهِ الْعَظِيمِ
(SubhanAllahi wa biHamdihi, SubhanAllahil adzim)
سبحانك اللهم وبحمدك أشهد ان لا إله إلا أنت أستغفرك وآتوب إليك
(Subhanakallahumma wabihamdika asyhadu allaailaaha illa anta astaghfiruka wa atuubu ilaika)