بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
اللهم صل على محمد وآل محمد
اللهم صل على محمد وآل محمد
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه

1. Memberikan Smartphone
Ramai ibubapa pada
hari ni, 'lepas tangan' dari melayani anak dengan membiarkan anak mereka
bermain smartphone. Malah menjadi lebih serius apabila ada ibubapa yang
'provide' satu smartphone khas untuk anak mereka yang masih lagi kecil...
Kajian telah menunjukkan
lebih 70% anak² bawah umur 7 tahun telah pun didedahkan kepada smartphone oleh
ibubapa@penjaga mereka. Anak² yg sama juga menunjukkan sikap degil, kurang
sikap hormat dan sukar dikawal. Hal ini kerana kurang komunikasi secara
langsung diantara anak dan keluarga. Kerana sikap beberapa ahli keluarga yang
menggunakan smartphone sebagai 'alat' supaya anak mereka senyap, tanpa
memikirkan kesan sampingan gaming/youtube tersebut kepada anak mereka telah berjaya mengikis sikap normal yang sepatutnya ada pada seorang anak kecil. Membimbangkan lagi adalah apabila anak sukar dikawal, ibubapa mula berkasar dengan melampau kepada anak-anak menyebabkan mental anak-anak menjadi semakin teruk. Sedangkan kesalahan anak menjadi seperti itu adalah bermula dari ibubapa itu sendiri.
Dalam kajian lain juga menunjukkan 90%
anak² bawah umur 10 tahun masa kini telah pun terdedah kepada pornografi. Dan
dalam 30% anak-anak bawah umur 12 tahun telah pun mula berani membuat video
seksual sendiri (masturbasi/onani) di media sosial.
Cadangan Penyelesaian Masalah
ini :
Jangan terus memberhentikan
memberi smartphone jika sudah biasa memberikan smartphone kepada anak, pujuk
dan berhenti memberikannya secara berperingkat dengan mengurangkannya dan
menggantikan dengan 'alat' lain yang lebih memberikan manfaat kepada anak, dan
'alat' yang terbaik adalah meluangkan masa untuk bermain dengan anak²,
berkomunikasi dengan mereka, ajak mereka berjemaah atau mengaji... Hal ini
kerana anak² memerlukan komunikasi dan kasih sayang ibubapa@penjaga...
2. Sumber Rezeki Yang Tidak Halal
Perkara kedua ini sering diutarakan oleh para agamawan tetapi
masih tidak diendahkan oleh sesetengah ibubapa. Untuk memastikan pencarian
rezeki itu mendatangkan pahala, Sayyid Sabiq dalam bukunya Unsur Kekuatan Dalam
Islam meletakkan dua syarat:
Pertama, pekerjaan itu tidak lalai daripada melaksanakan hak Allah
dan berpegang kepada nilai akhlak soleh yang dianjurkan Islam. Ini bertepatan
dengan firman Allah SWT dalam tiga ayat didalam Al-Quran iaitu ayat 9 Surah
al-Munafiqun, ayat 37 Surah an-Nur dan ayat 11 Surah al-Jumuah. Contoh disini
adalah, pekerjaan tersebut mestilah tidak menggalakkan kita untuk melakukan dosa
atau maksiat seperti meninggalkan solat 5 waktu, menghalang kita daripada berpuasa, menghalang
kita daripada menutup aurat dengan sempurna, serta menghalang kewajipan lain yang patut
dilaksanakan oleh seorang Muslim.
Kedua, sumber rezeki itu bertepatan dengan syarak dan tidak
memudaratkan orang lain serta tidak melanggar undang-undang yang ditetapkan oleh
pihak berkuasa. Contoh disini adalah seperti yang biasa berlaku di zaman ini
adalah RASUAH, riba, merompak atau mencuri atau meragut, menipu dalam
timbangan, monopoli harta serta semua tindakan yang akan memberikan kesan yang
buruk kepada seseorang.
Oleh
yang demikian, jika rezeki yang dihasilkan tidak menurut dua piawaian di atas,
maka terhasillah rezeki yang tidak halal dan apatah lagi ‘berkat’. Satu
pemerhatian telah dilakukan di negara ini, dan dari pemerhatian tersebut telah
didapati bahawa hampir 90% anak-anak
yang terlibat dengan masalah sosial pada hari ini adalah dari keluarga yang menerima/memberi
rasuah, mengamalkan riba, serta hasil rezeki yang tidak menurut syarak seperti
membuka aurat dan meninggalkan solat.
Ingat,
mungkin kita boleh bangga, gembira dengan kekayaan yang diperoleh dari sumber
yang haram tersebut, namun ia mungkin istidraj. Memburukkan situasi lagi adalah
kita mungkin terlepas dari kesannya, tetapi zuriat keturunan kita, atau
keluarga kita yang akan mendapat kesan sampingan dari rezeki yang haram yang kita
bawa ke rumah setiap hari. Nauzubillahi min zalikh.
Cadangan Penyelesaian Masalah
ini :
Ibubapa atau sesiapa pun yang mencari rezeki untuk keluarga
digalakkan untuk muhasabah semula segala perilaku yang lalu sepanjang dalam
pencarian rezeki. Ini bagi memastikan hanya rezeki yang halal sahaja yang di’provide’
kepada keluarga kita. Jika, hanya jika, terdapat sebarang kisah silam atau kita
ingin kembali bertaubat, digalakkan mengamalkan Solat Sunat Dhuha setiap hari dan
banyakkan bersedekah SERTA BERHENTI MELAKUKAN SEGALA PERKARA YANG MENYEBABKAN
REZEKI KITA TIDAK HALAL DAN TIDAK BERKAT.
3. Bertengkar Dihadapan Anak
Ini
juga merupakan salah satu kesilapan ‘common’ ibubapa. Kadang-kala ibubapa salah
faham berkenaan sesuatu dan terus mula menjerit atau seumpamnya tanpa
memikirkan anak yang berada bersama. Lebih teruk ada sesetengah ibu yang sampai
baling pinggan sehingga pecah kerana tidak dapat menahan kemarahan. Huhuhu…
Jika
perkara ini terus berlanjutan, ia akan memberikan kesan yang buruk kepada
perkembangan mental anak-anak. Seperti yang kita ketahui, anak-anak yang kurang
fokus di kelas, sering murung dan bersendirian antara penyebab mereka menjadi
begini adalah disebabkan oleh sikap ibubapa mereka sendiri yang gemar
bertengkar dihadapan anak mereka. Anak tersebut menjadi serba salah tanpa sebab
dan murung memikirkan bagaimana mahu membantu menyelesaikan masalah diantara
kedua ibubapa mereka sehingga mengganggu aktiviti seharian mereka.
Cadangan Penyelesaian Masalah ini :
Kebanyakan pakar rumahtangga menggalakkan apabila terdapat
sebarang salah faham atau masalah keluarga, ibubapa hendaklah 'settle'kannya dengan
cara tenang dan baik didalam bilik atau kereta dengan menutup pintu agar anak
tidak kedengaran masalah tersebut. Digalakkan juga untuk tidak bertengkar
ketika sedang marah, kerana ia tidak akan menyelesaikan masalah, malah akan
memburukkan lagi keadaan. Ambil lah wudhu’ atau cepat lah beristighfar,
moga-moga kemarahan kita dapat dikurangkan dan masalah yang dihadapi dapat
settle secepat mungkin.
Takziah diucapkan kepada semua
ibubapa yang telah pun melakukan kesilapan² diatas, malah merosakkan lagi masa
depan anak² anda... Kembalilah, kembalilah kepada Al-Quran dan As-Sunnah,
carilah ilmu, semoga keluarga kita terus mendapat rahmah, sakinah dan mawaddah
dari Allah SWT...

Jangan Lupa Follow Saya Untuk Updates Terkini. Moga bermanfaat.
👉 Join Telegram Channel : https://t.me/mohdnoorshawal
👉 Instagram : https://www.instagram.com/mohdnoorshawal
👉 TikTok : https://tiktok.com/@mohdnoorshawal
👉 Subscribe Youtube : https://www.youtube.com/c/mohdnoorshawall
👉 Twitter : https://twitter.com/mohdnoorshawal
👉 Website : http://www.mohdnoorshawal.com
اللهم صل على محمد وآل محمد
(Allahumma salli 'ala Muhammad wa ali Muhammad)
سُبْحَانَ اللّهِ وَ بِحَمْدِهِ ، سُبْحَانَ اللّهِ الْعَظِيمِ(SubhanAllahi wa biHamdihi, SubhanAllahil adzim)
سبحانك اللهم وبحمدك أشهد ان لا إله إلا أنت أستغفرك وآتوب إليك
(Subhanakallahumma wabihamdika asyhadu allaailaaha illa anta astaghfiruka wa atuubu ilaika)
1 Comments
Perkongsian yang bagus..
ReplyDeleteNo 1 tu memang Sha tak buat..
No 2 tu pula, Insya Allah sedaya upaya memastikan rezeki dari sumber yang halal..
No 3 tu memang dielakkan..