Tentang Doa Iftitah

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
اللهم صل على محمد وآل محمد
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه


Doa Iftitah ialah doa yang dibaca selepas selesai takbiratul ihram dan sebelum membaca al-Fatihah. Ifitah itu bermakna pembukaan yaitu doa pembukaan sembahyang. Hukum membaca doa Iftitah adalah sunat. Kita boleh memilih mana-mana satu doa Iftitah yang dibaca oleh Nabi SAW kerana ada beberapa lafaz doa iftitah dalam hadith-hadith yang sahih. 

Antara doa iftitah yang boleh kita pilih sebagai bacaan ialah:

اَلله أَكَْبَر كَبِيْرًا وَالحَمْدُلِلَّهِ كَثِيْرًا وَسُبْحَانَ الله بُكْرَةً وَأَصِيْلاً . إِنِّي وَجَّهْتُ وَجْهِيَ لِلَّذِيْ فَطَرَ السَّمَوَاتِ وَالأَرْضَ حَنِيْفًا مُسْلِمًا وَمَا أَنَا مِنَ المُشْرِكِيْن . إِنَّ صَلاَتِي وَنُسُكِيْ وَمَحْيَايَ وَمَمَاتِي لِلَّهِ رَبِّ العَالَمِيْن لاَ شَرِيْكَ لَهُ وَبِذَلِكَ أُمِرْتُ وَأَنَا مِنَ المُسْلِمِيًن.

“Allah Maha Besar lagi sempurna kebesaranya, segala puji bagi Allah dengan kepujian yang banyak. Maha suci Allah pada pagi dan petang, sesungguhnya aku menghadapkan wajahku kepada Tuhan yang telah menciptakan langit dan bumi dengan keadaan benar dan berserah diri, dan tidaklah aku termasuk dalam golongan orang yang melakukan syirik. Sesungguhnya sembahyangku, ibadatku, hidupku, dan matiku hanya untuk Allah semesta alam. Tiada sekutu bagi-Nya, kerana itu aku diperintah dan aku ini adalah termasuk dari golongan orang Islam.”

Doa Iftitah ini hendaklah dibaca perlahan. Jika dibaca dengan kuat, solat tidak batal, tetapi dia telah berbuat perkara yang menyalahi yang terlebih elok. Jika sengaja tidak membaca doa iftitah, hukumnya makruh, tetapi solatnya sah kerana doa iftitah bukan termasuk rukun sembahyang.


اللهم صل على محمد وآل محمد
(Allahumma salli 'ala Muhammad wa ali Muhammad)
سُبْحَانَ اللّهِ وَ بِحَمْدِهِ ، سُبْحَانَ اللّهِ الْعَظِيمِ
(SubhanAllahi wa biHamdihi, SubhanAllahil adzim)
سبحانك اللهم وبحمدك أشهد ان لا إله إلا أنت أستغفرك وآتوب إليك
(Subhanakallahumma wabihamdika asyhadu allaailaaha illa anta astaghfiruka wa atuubu ilaika)



Post a Comment

0 Comments