بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
اللهم صل على محمد وآل محمد
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه


Umat Islam diwajibkan beriman dengan 10 malaikat serta tugasan masing-masing iaitu :
  1. Jibril - Bertugas menyampaikan wahyu kepada para Nabi & Rasul AS
  2. Mikail - Menguruskan rezeki dan menurunkan hujan
  3. Izrail - Mencabut roh atau nyawa makhluk dengan perintah Allah SWT
  4. Israfil - Meniup sangkakala ketika tibanya hari kiamat
  5. Munkar - Menyoal si mati di alam kubur (Barzakh)
  6. Nakir - Menyoal si mati di alam kubur (Barzakh)
  7. Raqib - Mencatat amalan kebaikan manusia
  8. Atid - Mencatat amalan keburukan manusia
  9. Ridhuan - Penjaga syurga
  10. Malik - Penjaga neraka
Hanya tiga malaikat sahaja yang disebut di dalam Al-Quran, iaitu :
  • Malaikat Jibril di dalam Surah Al-Baqarah, ayat 97 dan 98, juga di dalam Surah At-Tahrim, ayat 4
  • Malaikat Mikail di dalam Surah Al-Baqarah, ayat 98
  • Malaikat Malik diceritakan di dalam Surah Al-Hujurat
Malaikat Israfil, Munkar & Nakir hanya disebutkan di dalam Hadis. Manakala, malaikat Izrail tidak diketahui sumber namanya sama ada di dalam hadis mahupun di dalam Al-Quran. Namun, di sebut sebagai malaikat maut di dalam Al-Quran.

Malaikat Jibril pula disebutkan berulang kali di dalam Al-Quran dengan gelaran lain seperti Ruhul Qudus, Ruhul Amin dan lain-lain. Meskipun begitu, perkataan 'Jibril' hanya diulang sebanyak dua kali.

Selain daripada malaikat yang disebutkan diatas, terdapat sebilangan malaikat yang wajib diketahui secara umum seperti :
  1. Malaikat Hamalatul Arsy - Empat malaikat yang menanggung Arasy, pada hari akhirat akan ditambah sebanyak empat lagi menjadikan jumlahnya adalah lapan malaikat penanggung Arasy.
  2. Malaikat Hafzah - Malaikat penjaga manusia
  3. Malaikat Zabaniyah - 19 Malaikat penyeksa di dalam neraka
  4. Malaikat Rahmat
  5. Malaikat Kiraman Katibin - Pencatat amal baik dan buruk
  6. Malaikat Harut & Marut
Ayat-ayat Al-Quran yang menceritakan tentang malaikat :
  • Al-Baqarah, ayat 177 & 285
  • Al-Imran, ayat 39, 42, 124 & 125
  • An-Nisa', ayat 97 & 172
  • Al-Anfal, ayat 9 & 12
  • Al-Hijr, ayat 8
  • Al-Anbiya', ayat 19-20
  • Al-Ahzab, ayat 56
  • Asy-Syura, ayat 5
  • At-Tahrim, ayat 4 & 6
  • Al-Ma'arij, ayat 4
Semoga ini dapat membangkitkan kesedaran umat Islam bahawa tidak bermakna sekiranya beriman dengan kewujudan malaikat semata-mata tanpa 'merasa' kehadiran makhluk yang sentiasa taat tersebut bersama kita dalam kehidupan seharian. Keberadaan mereka di tengah-tengah kehidupan manusia sepatutnya menjadikan kita hayati dan sentiasa berusaha meningkatkan ketakwaan kepada Allah SWT.

Dipetik dari 11 Golongan Manusia Mendapat Doa Malaikat karya Marzuki Mohd Noor El-Feringhati >Dapatkan buku ini di Shopee: RM24 Sahaja< 

اللهم صل على محمد وآل محمد
(Allahumma salli 'ala Muhammad wa ali Muhammad)
سُبْحَانَ اللّهِ وَ بِحَمْدِهِ ، سُبْحَانَ اللّهِ الْعَظِيمِ
(SubhanAllahi wa biHamdihi, SubhanAllahil adzim)
سبحانك اللهم وبحمدك أشهد ان لا إله إلا أنت أستغفرك وآتوب إليك
(Subhanakallahumma wabihamdika asyhadu allaailaaha illa anta astaghfiruka wa atuubu ilaika)