بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
اللهم صل على محمد وآل محمد
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه



Dari Nawwas bin Sam’an RA, dari Rasulullah SAW beliau bersabda : “Kebaikan adalah akhlak yang baik, dan dosa adalah apa yang terasa mengganggu jiwamu dan engkau tidak suka jika diketahui manusia." (Riwayat Muslim). Dan dari Wabishah bin Ma’bad RA dia berkata : "Aku mendatangi Rasulullah SAW, lalu beliau bersabda : "Engkau datang untuk menanyakan kebaikan?" Aku menjwab : Ya. Beliau bersabda : "Mintalah pendapat dari hatimu, kebaikan adalah apa yang jiwa dan hati tenang kerananya, dan dosa adalah apa yang terasa mengganggu jiwa dan menimbulkan keragu-raguan dalam dada, meskipun orang-orang memberi fatwa kepadamu dan mereka membenarkannya." (Hadis hasan kami riwayatkan dari dua musnad Imam Ahmad bin Hanbal dan Ad Darimi dengan sanad yang hasan)


Pokok Perbincangan Hadis
  1. Al-Birr (Kebaikan)
    a.  Merangkumi semua perbuatan yang baik dan sifat-sifat yang ma’ruf, persahabatan atau pergaulan yang baik.
    b. Pergaulan seorang hamba secara ihsan sama ada terhadap kedua ibubapanya atau orang lain. Firman Allah dalam surah Al-Baqarah, ayat 177.
    c.  Digandingkan Al-Birr sekali dengan Taqwa (Surah Al-Maidah, ayat 2)
    d.  Al-Birr - Melakukan perkara yang diwajibkan
    e.  At-Taqwa – Menjauhi dari perkara yang dilarang

  2. Al-Ithmu (Dosa)
    a. Melakukan sesutu yang tidak halal baginya.
    b. Imam Qurtubi RA – perbuatan yang layak bagi si pelakunya dicela.
    c.  Ibnu Hajar RA – Semua perbuatan yang jahat dan buruk sama ada besar atau kecil.

  3. Hadis ini menjelaskan sebahagian tanda-tanda dosa
    a. Dalaman – Perasaan gelisah, tidak senang hati dan hati tidak tenang.
    b. Luaran - Tak suka kalau orang nampak. 

  4. Kedudukan Akhlak
    a. Sesuatu yang diajak oleh Al-Quran dengan kelebihan yang ada padanya. 
    b. Saidatina ‘Aisyah RA berkata : “Adalah akhlak Nabi SAW adalah Al-Quran." Iaitu beradab dengan adab-adab Al-Quran , melaksanakan suruhan dan menjauhi segala larangan. (Al-Qalam : 4 , Al-Mumtahanah : 6)
Sumber : Fi Zilal An-Nawawiyah karya Dr Kamarusalam Yusof >Dapatkan buku Fi Zilal An-Nawawiyah di Shopee: RM19 Sahaja<


اللهم صل على محمد وآل محمد
(Allahumma salli 'ala Muhammad wa ali Muhammad)
سُبْحَانَ اللّهِ وَ بِحَمْدِهِ ، سُبْحَانَ اللّهِ الْعَظِيمِ
(SubhanAllahi wa biHamdihi, SubhanAllahil adzim)
سبحانك اللهم وبحمدك أشهد ان لا إله إلا أنت أستغفرك وآتوب إليك
(Subhanakallahumma wabihamdika asyhadu allaailaaha illa anta astaghfiruka wa atuubu ilaika)