#DiariMesirUstazAfdhal : Adik Maahad

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
اللهم صل على محمد وآل محمد
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه


Sebelum datang ke Mesir, saya menyangka hanya ada 3 kelompok.
1. Lepasan SPM - maahad
2. Lepasan STAM - azhar
3. Markaz Bahasa

Namun kumpulan terawal saya ketemu disini adalah pelajar Maahad Buuth yang datang sebelum SPM. Ada yang datang seawal usia 13 tahun untuk terus masuk Maahad disini.
Sama ada melalui ejen atau melalui madrasah di Malaysia. Fuh memang awal mereka merantau.

Saya juga baru tahu untuk masuk Maahad Buuth tidaklah semudah mendaftar sekolah biasa, hari ini daftar esok masuk. Ada yang terpaksa tunggu setahun sebelum nama mereka naik untuk masuk Maahad, dan tempoh menunggu itu mereka akan masuk Markaz Lughah kecuali kalau ada link dengan ustaz ustaz yang tahu selok belok Maahad boleh masuk seawal 2 minggu.

Namun keadaan bila mereka disini bergantung kepada siapa yang menguruskan mereka. Yang datang melalui madrasah dan ejen yang bagus biasanya akan lebih terjaga, iyyelah datang waktu "gila gila remaja" memerlukan bimbingan dan kawalan. Ada Ammu arab jaga dan uruskan. Ada juga pelajar senior jaga.
Alhamdulillah sempat juga taaruf dengan pelajar pelajar master azhar yang sukarela duduk bersama pelajar maahad sebagai mentor dan pembimbing mereka.

Ada juga yang ejennya hanya mengurus untuk urusan masuk Maahad dan ghaib begitu sahaja selepas selesai. Hingga tak terpandu mereka disini, group yang inilah antara yang dirisaukan hingga ada senior azhar 8 tahun pernah luahkan " saya tak setuju hantar budak budak muda macam ni terus ke mesir,kalau ada orang jaga ok, kalau tak ada kesian budak budak ni"

Part inilah saya rasa setiap ibubapa yang berhasrat untuk hantar anak anak mereka yang masih remaja untuk berfikir panjang & berhati hati. Sama ada memilih ejen yang baik mahupun menyusun dengan baik keadaan anak anak disini.

Seperti sistem pendidikan islam lain macam tahfiz dan pondok, pembinaan sakhsiah anak anak tak magically berubah atau terjaga, semua perlukan kerjasama dan kepedulian yang baik antara ibubapa, yang menguruskan dan sistem itu sendiri.

Moga Allah jaga adik adik Maahad disini, kapasiti mereka besar, namun perlukan sedikit panduan dan bimbingan.


اللهم صل على محمد وآل محمد
(Allahumma salli 'ala Muhammad wa ali Muhammad)
سُبْحَانَ اللّهِ وَ بِحَمْدِهِ ، سُبْحَانَ اللّهِ الْعَظِيمِ
(SubhanAllahi wa biHamdihi, SubhanAllahil adzim)
سبحانك اللهم وبحمدك أشهد ان لا إله إلا أنت أستغفرك وآتوب إليك
(Subhanakallahumma wabihamdika asyhadu allaailaaha illa anta astaghfiruka wa atuubu ilaika)

  

Post a Comment

0 Comments