بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
اللهم صل على محمد وآل محمد
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه


Rasulullah Berucap Di Bukit Safa
  • Rasulullah memanjat batu yang yang paling tinggi di bukit al-Safa dan menyeru kaumnya untuk berkumpul.
  • Maka, bergegaslah keluarga kabilah Quraisy ke hadapan Rasulullah SAW.
  • Rasulullah SAW mengajak mereka untuk beriman dengan Allah Yang Maha Esa, dengan risalahnya & dengan hari akhirat.
  • Ibnu Abbas berkata, Rasulullah SAW melakukan perkara ini juga adalah asbab dari turunnya ayat 214 surah Asy-Syu'ara.
Dan berilah peringatan serta amaran kepada kaum kerabatmu yang dekat. [26. Asy-Syu'ara, ayat 214]
  • Setiap kabilah atau suku kaum akan hadir di hadapan pengumuman Rasulullah SAW dengan sekurang-kurangnya mereka akan menghantar wakil dari suku kaum mereka untuk mendengar apa yang akan disampaikan oleh Rasulullah SAW.
  • Abu Lahab turut menghadiri perhimpunan tersebut.
  • Rasulullah SAW berkata, "Bagaimana kalau ku katakan kepada kalian bahawa di sebalik bukit sana ada musuh berkuda akan menyerang kamu, apakah kamu boleh percaya cakap ku itu?"
  • Jawab mereka, "Ya, kami percaya sebab selama ini belum pernah dalam pengalaman kami kamu ini menipu."
  • Sambung Rasulullah SAW dengan katanya, "Sesungguhnya aku hendak memberi peringatan kepada kalian bahawa azab sengsara sedang menanti kamu!"
  • Berkata Abu Lahab, "Binasalah kau diseluruh hari ini, apakah untuk ini kau kumpulkan kami semua?!"
  • Dengan itu, turunlah ayat Allah,
Binasalah kedua-dua tangan Abu lahab, dan binasalah ia bersama! [111. Al-Masad, ayat 1]

Sumber : Raheeq Makhtum

Jangan Lupa Follow Saya Untuk Updates Terkini. Moga bermanfaat. 
👉 Join Telegram Channel : https://t.me/mohdnoorshawal 
اللهم صل على محمد وآل محمد
(Allahumma salli 'ala Muhammad wa ali Muhammad)
سُبْحَانَ اللّهِ وَ بِحَمْدِهِ ، سُبْحَانَ اللّهِ الْعَظِيمِ
(SubhanAllahi wa biHamdihi, SubhanAllahil adzim)
سبحانك اللهم وبحمدك أشهد ان لا إله إلا أنت أستغفرك وآتوب إليك
(Subhanakallahumma wabihamdika asyhadu allaailaaha illa anta astaghfiruka wa atuubu ilaika)