بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
اللهم صل على محمد وآل محمد
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه


Dakwah Sirr Dah Sampai Ke Pengetahuan Quraisy
  • Al-Syeikh Muhammad Al-Ghazali RA berkata, berita dakwah Rasulullah SAW ini telah pun sampai ke pengetahuan Quraisy, tapi mereka tidak endah sangat.
  • Kemungkinan Quraisy menyangka Muhammad ini hanya salah seorang jenis manusia yang kuat beragama & bercakap mengenai ketuhanan.
  • Mereka menyangka mungkin apa yang dibuat Nabi SAW adalah sama seperti amalan Umayyah bin Abi al-Salt, Quis bin Sa'idah, Amru bin Nufail & lain-lain.
  • Tapi, Quraisy tetap curiga akan kesan yang akan berlaku.
  • Oleh itu, mereka perhati hari demi hari, perkembangan lanjut & kesudahan dakwah ini.
Tertegak Sebuah Jemaah Mukmin
  • Berlalu tiga tahun dakwah Rasulullah SAW, ia masih kekal rahsia & dalam konteks individu.
  • Tertegaklah sebuah jemaah Mukmin yang bertunggakkan ukhuwah & sanggup bertakaful, bekerja sama-sama untuk menyampaikan risalah baru ini.
  • Selepas tiga tahun, kini Rasulullah SAW diminta supaya diisytiharkan dakwahnya kepada kaumnya dan menghadapi kepalsuan mereka, menentang serta menyebut berhala-berhala mereka.
Sumber : Raheeq Makhtum

اللهم صل على محمد وآل محمد
(Allahumma salli 'ala Muhammad wa ali Muhammad)
سُبْحَانَ اللّهِ وَ بِحَمْدِهِ ، سُبْحَانَ اللّهِ الْعَظِيمِ
(SubhanAllahi wa biHamdihi, SubhanAllahil adzim)
سبحانك اللهم وبحمدك أشهد ان لا إله إلا أنت أستغفرك وآتوب إليك
(Subhanakallahumma wabihamdika asyhadu allaailaaha illa anta astaghfiruka wa atuubu ilaika)