بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
اللهم صل على محمد وآل محمد
اللهم صل على محمد وآل محمد
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه

Ibnu al-Qayyim telah menyebutkan peringkat-peringkat wahyu :
- Mimpi sodiqah, sebagai permulaan wahyu kepada Rasulullah SAW
- Sesuatu yang dicampakkan oleh Malaikat ke dalam dada & hati naluri Rasulullah SAW tanpa beliau dapat melihatnya
- Rasulullah SAW didatangi Jibril AS yang menjelma dirinya sebagai seorang lelaki dan berbicara secara langsung dengan Rasulullah SAW & baginda menyedari dan ingat akan segala yang diperkatakan kepadanya. Wahyu berbentuk ini juga dapat dilihat secara langsung oleh para sahabat pada ketika-ketikanya.
- Rasulullah SAW didatangi melalui bunyi deringan loceng. Cara yang paling berat bagi Rasulullah SAW.
- Rasulullah SAW melihat Jibril AS dalam rupa paras asal ia diciptakan. Lalu diwahyukan kepadanya sekehendak Allah SWT. Cara ini berlaku sebanyak dua kali.
- Apa yang diwahyukan oleh Allah SWT kepada baginda semasa baginda berada di petala langit di malam Mikraj. Rasulullah SAW menerima perintah solat & sebagainya.
- Percakapan Allah secara langsung kepadanya tanpa perantaraan malaikat.
Sumber : Raheeq Makhtum
(Allahumma salli 'ala Muhammad wa ali Muhammad)
سُبْحَانَ اللّهِ وَ بِحَمْدِهِ ، سُبْحَانَ اللّهِ الْعَظِيمِ(SubhanAllahi wa biHamdihi, SubhanAllahil adzim)
سبحانك اللهم وبحمدك أشهد ان لا إله إلا أنت أستغفرك وآتوب إليك
(Subhanakallahumma wabihamdika asyhadu allaailaaha illa anta astaghfiruka wa atuubu ilaika)

0 Comments