بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
اللهم صل على محمد وآل محمد
اللهم صل على محمد وآل محمد
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
Asma binti Yazid merupakan seorang sahabiyah Ansar dari Suku
Aus, kabilah Bani Abdul Asyhal. Dia merupakan anak saudara Muadz bin Jabal,
putri dari saudara sepupunya, Yazid bin Sakan.
Ketika berbaiat memeluk Islam
Asma memakai dua gelang emas yang cukup besar. Nabi SAW bersabda kepadanya, “Wahai
Asma, lemparkanlah kedua gelang itu! Tidakkah engkau takut jika Allah akan
memakaikan dua gelang api neraka di tanganmu?” Asma segera melepaskan keduanya,
dan menyerahkan kepada Nabi SAW untuk digunakan di jalan Allah.
Asma binti Yazid Al Ansari RA
pernah berjumpa Nabi SAW untuk membawa keluhan kaum muslimah berkaitan dengan
amalan harian mereka. Mereka merasakan bahawa kesibukan mereka mengurus anak
dan suami serta tugas-tugas rumah tangga lainnya nilai pahalanya begitu kecil
berbanding dengan amalan kaum lelaki seperti solat berjamaah, solat jumaat,
mengiringi jenazah dan lain-lain, terutamanya jika dibandingkan dengan jihad fi
sabilillah, berjuang menegakkan dan membela agama Allah.
Nabi SAW mendengar dengan teliti
apa yang disampaikan oleh Asma, kemudian beliau berpaling kepada para sahabat,
dan berkata,”Wahai sahabat-sahabatku, pernahkan engkau mendengar suatu
pertanyaan yang lebih baik daripada pertanyaan wanita ini?”
“Wahai Rasulullah,” kata para
sahabat, “Kami tidak menyangka seorang wanita boleh bertanya seperti itu!”
Nabi SAW berpaling lagi pada Asma
dan bersabda, ”Katakanlah kepada wanita-wanita muslimah yang mengutusmu, bahawa
jika mereka berbuat baik kepada suaminya dan selalu mentaatinya, melayaninya
dengan baik dan selalu berusaha membuatkan mereka gembira, maka itu sangatlah
berharga, dan mereka memperoleh pahala sama besarnya dengan pahala kaum
lelaki.”
Mendengar penjelasan Nabi SAW,
Asma begitu gembira dan segera kembali menemui mereka untuk mengkhabarkan hal
yang menggembirakan para wanita tersebut.
Asma dan beberapa wanita muslimah
yang lain selalu ikut menyertai ke medan pertempuran, sudah tentu mereka berada
di barisan belakang untuk memberikan minuman dan juga mengubati mereka yang
terluka, termasuk juga memberikan semangat kepada para mujahidin.
Tetapi dalam perang Yarmuk zaman
Khalifah Umar bin Khathab, Asma tidak dapat menahan sabar berada di barisan
belakang. Melihatkan gelombang pasukan Romawi yang begitu besarnya, sehingga
dia dibawa arus untuk turut serta menyerang mereka. Dia tidak mempunyai apa-apa
sebagai senjata, maka ia mengambil salah satu tiang khemahnya dan mula
menyerang musuh.
Dengan senjata itu dia berjaya
membunuh sembilan orang tentera Romawi, walaupun dia juga memperolehi luka-luka
yang parah pada tubuh badannya. Tetapi akhirnya luka tersebut sembuh dengan
baiknya. Namun Allah SWT menghendakinya masih hidup, Asma' wafat 17 tahun selepas Perang Yarmuk, setelah mempersembahkan segala bentuk kebaikan kepada ummat. Subhanallah.
Allahu, seriesly terharu giler baca kisah ni kan? Inilah semangat yang perlu kita terapkan dalam diri kita... Perjuangkan Islam walau dengan apa cara sekalipun, tetap semangat demi meraih redhaNya... Apatah lagi dizaman yang penuh dengan fitnah ini... Apa yang perlu kita pertahankan sekarang?
Iman dan Ketaqwaan kita yang perlu kita pertahankan setiap hari dalam menempuh hari-hari yang semakin mencabar ini... Semoga kisah ini sedikit sebanyak memberi inspirasi kepada semua muslimat diluar sana untuk terus menjaga martabat 'Seorang Muslimah' dan tidak lupa juga agar menjadi pembakar semangat kepada kaum Muslimin...
Jangan Lupa Follow Saya Untuk Updates Terkini. Moga bermanfaat.
👉 Join Telegram Channel : https://t.me/mohdnoorshawal
👉 Instagram : https://www.instagram.com/mohdnoorshawal
👉 TikTok : https://tiktok.com/@mohdnoorshawal
👉 Subscribe Youtube : https://www.youtube.com/c/mohdnoorshawall
👉 Twitter : https://twitter.com/mohdnoorshawal
👉 Website : http://www.mohdnoorshawal.com
(Allahumma salli 'ala Muhammad wa ali Muhammad)
سُبْحَانَ اللّهِ وَ بِحَمْدِهِ ، سُبْحَانَ اللّهِ الْعَظِيمِ(SubhanAllahi wa biHamdihi, SubhanAllahil adzim)
سبحانك اللهم وبحمدك أشهد ان لا إله إلا أنت أستغفرك وآتوب إليك
(Subhanakallahumma wabihamdika asyhadu allaailaaha illa anta astaghfiruka wa atuubu ilaika)
0 Comments