بِسْÙ…ِ اللّÙ‡ِ الرَّØْÙ…َÙ†ِ الرَّØِÙŠْÙ…ِ
اللهم صل على Ù…Øمد وآل Ù…Øمد
اللهم صل على Ù…Øمد وآل Ù…Øمد
السَّلاَÙ…ُ عَÙ„َÙŠْÙƒُÙ…ْ ÙˆَرَØْÙ…َØ©ُ اللهِ ÙˆَبَرَÙƒَاتُÙ‡
Peperangan Hittin telah menyerlahkan kecintaan Salahuddin kepada Islam. Stanley Lane-Poole menulis bahawa Salahuddin berkhemah di medan peperangan semasa peperanggan Hittin. Pada satu ketika setelah khemahnya didirikan diperintahkannya tawanan perang dibawa ke hadapannya. Maka dibawalah Raja Palestin dan Reginald dari Chatillon masuk ke khemahnya. Dipersilakan sang Raja duduk di dekatnya.
Kemudian ia bangun pergi ke hadapan Reginald lalu berkata, “Dua kali aku telah bersumpah untuk membunuhnya. Pertama ketika ia bersumpah akan melanggar dua kota suci dan kedua ketika ia menyerang jemaah haji. Ketahuilah aku akan menuntut bela Muhammad SAW atasnya”. Lalu ia menghunuskan pedangnya dan memenggal kepala Reginald. Mayatnya kemudian dibawa keluar oleh pengawal dari khemah.
Raja Palestin apabila melihat adiknya dipancung, ia mengeletar kerana menyangka gilirannya akan tiba. Tetapi Salahuddin menjamin tidak akan mengapa-apakannya sambil berkata, “Bukanlah kelaziman seorang raja membunuh raja yang lain, tetapi orang itu telah melanggar segala batas-batas, jadi terjadilah apa yang telah terjadi”.
Tindakan Salahuddin adalah disebabkan kebiadaban Reginald kepada Islam dan Nabi Muhammad SAW. Bahauddin bin Shaddad, penasihat kepercayaan Salahuddin mencatatkan bila jemaah haji dari Palestin diserang dicederakan tanpa belas kasihan oleh Reginald, di antara tawanannya merayu supaya mereka dikasihani. Tetapi Reginald dengan angkuhnya mengatakan, “Mintalah kepada Nabi kamu, Muhammad, untuk menyelematkan kamu”. Ketika ia mendengar berita ini ia telah berjanji akan membunuh Reginald dengan tangannya sendiri apabila ia dapat menangkapnya.
Jangan Lupa Follow Saya Di Platform Lain. Moga bermanfaat.
👉 Join Telegram Channel : https://t.me/mohdnoorshawal
👉 Instagram : https://www.instagram.com/mohdnoorshawal
👉 TikTok : https://tiktok.com/@mohdnoorshawal
👉 Subscribe Youtube : https://www.youtube.com/c/mohdnoorshawall
👉 Twitter : https://twitter.com/mohdnoorshawal
👉 Website : http://www.mohdnoorshawal.com
2 Comments
Assalamualaikum.. Entri yang menarik... jemput singgah ..
ReplyDeletehttps://misseffah-ara.blogspot.my/2018/02/usamah-bin-zaid-bin-haritsah-panglima.html
waalaikumussalam..hadza min fadhli rabbi ^^
Deletethanks share... ^^